PEMANTAUAN JPNP UNIT JAMINAN KUALITI
PEMANTAUAN HARI PERTAMA 03/01/2011
- pada 03 Jan 2011,iaitu hari pertama persekolahan pemantauan pertama telah dijalankan oleh pihak PPDCH melalui En Nordin...
- Menurut beliau,semuanya berjalan seperti yang dirancang apabila P&P telah berjalan tanpa sebarang masalah....
SELAMAT PENGANTIN BARU KPD CIKGU ASLINA DAN CIKGU FAIZUL....
KAMI WARGA SK TELANOK MENDOAKAN SEMOGA BERKEKALAN KE ANAK CUCU....
TNB!!!!!!! JASAMU KAMI KENANG.....
UPSR 2010
RM 500
BULAN RAMADAN YANG MULIA
Pada bulan yang mulia ini Panatia Agama Islam Sk Telanok telah mengadakan banyak aktiviti2 yang berfaedah kepada murid-murid Islam dan guru-guru.Antara aktiviti yang dijalankan ialah tazkirah oleh Tuan Kadi dan Penolong Kadi Cameron Highlands dari Jabatan Agama Islam Cameron Highlands.Disamping itu juga,pihak sekolah juga mengadakan pertandingan seperti azan,hafazan Al-Quran,sembahyang hajat dan solat terawih bersama orang kampung.Di harap aktiviti seperti ini dapat diadakan pada tahun2 yang akan datang.
PELANCARAN PROGRAM NILAM
Pada 11 Ogos 2010 Sk Telanok telah melancarkan 'Program Nilam' peringkat sekolah.Pada permulaan hanya murid-murid tahap 2 yang mengikuti program ini.Program seperti ini sangat berguna kepada murid-murid supaya mereka mencintai buku-buku dan tanggungjawab pihak sekolah untuk menyemai tabiat membaca dikalangan murid-murid.
MINGGU SAINS DAN MATEMATIK
PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD
Pada 15 Julai 2010 Sk Telanok telah menghantar pasukan bola sepak ke Pertandingan Bola Sepak MSSD di Tanah Rata.Walaupun menurunkan skuad muda,pemain-pemain menunjukkan permainan yang bersemangat dan mengagumkan.Menang atau kalah adat permainan,tetapi semangat juang yang tinggi dan tidak mengenal putus asa skuad muda Sk Telanok membuktikan peluang cerah pada tahun hadapan.
KEM MOTIVASI UPSR
Kem Motivasi UPSR pada tahun ini membawa perubahan dari segi penceramah kerana pihak sekolah membawa pakar-pakar motivasi yang tersohor serata negeri Pahang.Kem ini diadakan selama seminggu.Banyak aktiviti yang menarik dirancang untuk memberi murid-murid keyakinan dalam menghadapi UPSR..Semoga tahun ini Sk Telanok mendapat hasil yang cemerlang dan meneruskan rentak selama 3 tahun berturut-turut...Kepada murid-murid akan menghadapi UPSR,'Selamat Maju Jaya'....
ROMBONGAN KE MELAKA
Alhamdullillah Sk Telanok dapat juga mengadakan rombongan tahunan ke Melaka setelah menghadapi kesulitan berkaitan dengan kelulusan dari pihak atasan serta pengangkutan.Rombongan kali ini membawa satu lembaran baru bagi murid-murid Sk Telanok di samping menambah pengetahuan hasil daripada rombongan ini..Banyak tempat-tempat yang menarik di kunjungi antaranya Taman Mini Malaysia & Mini Asia yang terletak di Ayer Keroh..Semoga rombongan seperti ini dapat diteruskan setiap tahun dan berjuta terima kasih kepada guru-guru dan pihak yang terlibat menjayakan program seperti ini....









