ALHAMDULILLAH, HARI KELUARGA TAHUN INI DIADAKAN DI LANGKAWI...SATU PULAU KAMI RONDA...
SK TELANOK mula di bina pada Tahun 1972. Mula digunakan pada Tahun 1973 dengan pelajar seramai 21 orang. Atas permintaan penduduk,JHEOA dengan kerjasama anggota tentera rejemen renjer kor jurutera membina semula sekolah tersebut dengan menggunakan papan dan zink secara bergotong-royong. Dari tahun 1978 - 1999, sekolah ini hanya menerima murid tahun 1 hingga 3 sahaja. Kemudian murid dihantar ke Tahun 4 di SK Menson iaitu sekolah yang terdekat dengan berjalan kaki. Pada tahun 2005, Tahun 4,5 dan 6 diwujudkan setelah pengambilalihan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia . Hasilnya, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan calon sulung seramai 08 orang pada tahun 2005. Pada awal 2002, pembinaan sekolah baru bermula dalam RMK-8 dengan 7 blok bangunan, 1 blok kantin dan 4 unit rumah guru. Bekalan Elektrik Genarator sebagai sumber tenaga telah siap bersama bangunan baru pada penghujung September 2003 dan bangunan baru mula diduduki.
WARGA TELANOK
GURU-GURU
GURU LELAKI | 16 ORANG |
GURU PEREMPUAN | 4 ORANG |
JUMLAH | 20 ORANG |
STAF SEKOLAH
STAF LELAKI | 2 ORANG |
STAF PEREMPUAN | 2 ORANG |
JUMLAH | 4 ORANG |
MURID-MURID
MURID LELAKI | 117 ORANG |
MURID PEREMPUAN | 113 ORANG |
JUMLAH | 230 0RANG |
MURID ISLAM | 92 ORANG |
Copyright 2009 - SK TELANOK
0 comments:
Post a Comment