HARI ANUGERAH TAHUN 2010





SUKAN TAHUNAN SK TELANOK 2010






















TNB!!!!!!! JASAMU KAMI KENANG.....




PADA 22 SEPT 2010,PIHAK TNB MENYUMBANG 3 BUAH KOMPUTER KEPADA PIHAK SEKOLAH DALAM UPACARA YANG SERBA RINGKAS...SUMBANGAN DI SAMPAIKAN OLEH EN DAHALIL DARI PIHAK TNB....

HOLIDAY !!!!!!!! LANGKAWI KAMI TAWAN....





ALHAMDULILLAH, HARI KELUARGA TAHUN INI DIADAKAN DI LANGKAWI...SATU PULAU KAMI RONDA...

UPSR 2010




DENGAN HARAPAN YANG MENGGUNUNG,DI HARAP ANAK MURID KESAYANGAN DAN KEBANGGAAN DAPAT MENERUSKAN RENTAK CEMERLANG PADA UPSR KALI IN...CALON SERAMAI 14 ORANG DAN TARGET LULUS SERAMAI 4 ORANG...INSYAALLAH,DENGAN SEGALA USAHA DAN PENAT LELAH TAHUN INI MEMBUAHKAN HASIL....

RM 500







MUNGKIN RAMAI YANG TERTANYA-TANYA KENAPA KAMI,DI SEKOLAH PEDALAMAN MENDAPAT HABUAN@ELAUN RM 500.... ...................

BULAN RAMADAN YANG MULIA





Pada bulan yang mulia ini Panatia Agama Islam Sk Telanok telah mengadakan banyak aktiviti2 yang berfaedah kepada murid-murid Islam dan guru-guru.Antara aktiviti yang dijalankan ialah tazkirah oleh Tuan Kadi dan Penolong Kadi Cameron Highlands dari Jabatan Agama Islam Cameron Highlands.Disamping itu juga,pihak sekolah juga mengadakan pertandingan seperti azan,hafazan Al-Quran,sembahyang hajat dan solat terawih bersama orang kampung.Di harap aktiviti seperti ini dapat diadakan pada tahun2 yang akan datang.

PELANCARAN PROGRAM NILAM



Pada 11 Ogos 2010 Sk Telanok telah melancarkan 'Program Nilam' peringkat sekolah.Pada permulaan hanya murid-murid tahap 2 yang mengikuti program ini.Program seperti ini sangat berguna kepada murid-murid supaya mereka mencintai buku-buku dan tanggungjawab pihak sekolah untuk menyemai tabiat membaca dikalangan murid-murid.

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK





Pada tahun ini Panatia Sains dan Matematik mengadakan 'Minggu Sains Dan Matematik'.Ianya bertujuan memantapkan ilmu sains dan matematik dikalangan murid-murid Sk Telanok serta membina semangat berpasukan dan setia kawan.Banyak aktiviti yang diadakan seperti kuiz,buku skrap,sukaneka dan ekplorasi.

PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD


Pada 15 Julai 2010 Sk Telanok telah menghantar pasukan bola sepak ke Pertandingan Bola Sepak MSSD di Tanah Rata.Walaupun menurunkan skuad muda,pemain-pemain menunjukkan permainan yang bersemangat dan mengagumkan.Menang atau kalah adat permainan,tetapi semangat juang yang tinggi dan tidak mengenal putus asa skuad muda Sk Telanok membuktikan peluang cerah pada tahun hadapan.

KEM MOTIVASI UPSR



Kem Motivasi UPSR pada tahun ini membawa perubahan dari segi penceramah kerana pihak sekolah membawa pakar-pakar motivasi yang tersohor serata negeri Pahang.Kem ini diadakan selama seminggu.Banyak aktiviti yang menarik dirancang untuk memberi murid-murid keyakinan dalam menghadapi UPSR..Semoga tahun ini Sk Telanok mendapat hasil yang cemerlang dan meneruskan rentak selama 3 tahun berturut-turut...Kepada murid-murid akan menghadapi UPSR,'Selamat Maju Jaya'....

ROMBONGAN KE MELAKA






Alhamdullillah Sk Telanok dapat juga mengadakan rombongan tahunan ke Melaka setelah menghadapi kesulitan berkaitan dengan kelulusan dari pihak atasan serta pengangkutan.Rombongan kali ini membawa satu lembaran baru bagi murid-murid Sk Telanok di samping menambah pengetahuan hasil daripada rombongan ini..Banyak tempat-tempat yang menarik di kunjungi antaranya Taman Mini Malaysia & Mini Asia yang terletak di Ayer Keroh..Semoga rombongan seperti ini dapat diteruskan setiap tahun dan berjuta terima kasih kepada guru-guru dan pihak yang terlibat menjayakan program seperti ini....

TNB & DBP (21 JUN 2010)





Tarikh 21 Jun 2010 Sk Telanok mendapat dua rombongan besar dari TNB dan DBP.Tujuan kedua-dua agensi ke Sk Telanok untuk memberi sumbangan kepada pihak sekolah.Bermula dengan menaiktaraf perpustakaan sekolah,pihak TNB dan DBP akan terus menyalurkan bantuan@sumbangan dari masa ke semasa.Pada permulaannya TNB dan DBP memberi sumbangan dalam bentuk buku-buku dan perabot untuk keselesaan pelajar menggunakan perpustakaan.Antara aktiviti yang dijalankan seperti sewang,karaoke,pertandingan melukis serta kuiz..Di harap lebih banyak pihak swasta dapat menyalurkan bantuan kepada sekolah pedalaman untuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat asli..'terima kasih' TNB dan DBP..

HARI INI

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERINGKAT DEARAH PADANG MAJLIS DEARAH CAMERON HIGHLANDS 25-26 MAC 2015

DEMI MASA

RENUNG-RENUNGKANLAH

HALWA TELINGA

RUANG SEMBANG






MASTER 2009