Berkat usaha dan kecekalan hati guru-guru dan pihak sekolah,warga Sk Telanok sekali lagi berjaya mengadakan lawatan sambil belajar di Pulau Tioman.Walaupun pada mulanya untuk mengadakan lawatan tampak tipis disebabkan oleh beberapa faktor luaran.Pihak sekolah,terutamanya guru besar telah berjumpa beberapa orang JPN bagi meyakinkan mereka bahawa meluluskan lawatan ini.Alhamdullillah,hajat serta hasrat warga Telanok untuk memijakkan kaki di Tioman akhirnya tertunai juga apabila pihak JPN meluluskan lawatan ini.Banyak lagi dugaan dan cubaan ditempuhi oleh kami semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman tapi semua itu kami menganggapnya sebagai satu cabaran.
Lawatan ini di sertai oleh 40 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 5 dan 6.Kami telah menetap di Asrama Sk Tekek.Ianya bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya menjaga khazanah laut disamping membuka kotak minda murid-murid tentang luas dan keindahan alam marin serta memberi pengalaman baru dalam diri murid-murid untuk dikongsi dengan keluarga dan rakan-rakan.Di sana juga kami sempat mengadakan aktiviti-aktiviti snorkelling,berbasikal mengelilingi pulau dan yang paling istimewa semasa ke Pusat Penetasan Penyu,kami sempat beramah mesra bersama YAM Sultan Pahang yang berada di situ merasmikan T.AT.
Akhir sekali,"di mana ada kemahuan di situ ada jalan".Walaupun banyak cabaran dan dugaan,kami selamat sampai di Sk Telanok pada hari Ahad pukul 8 pagi setelah satu malam bermalam di dalam bas.Wassalam..
MENERJAH GELOMBANG BIRU TIOMAN(7-10/5/2009)
Posted by
sk telanok
Tuesday, May 12, 2009
0 comments:
Post a Comment