HARI ANUGERAH DAN KECEMERLANGAN 2009
PERKHEMAHAN BERSEPADU 13 - 15 NOVEMBER 2009
Bertempat di Padang Sk Telanok,satu Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah dijalankan bermula 13-15 November 2009.Perkhemahan ini di sertai oleh murid tahap 2 seramai 72 orang.Antara aktiviti yg dijalankan seperti kawad kaki,permainan,ikhtiar hidup(masakan dan jerat)dan jungle tracking.Objektif diadakan aktiviti seperti ini bertujuan memupuk disiplin,kerjasama,berdikari dikalangan pelajar disamping memberi pengalaman kepada pelajar asas-asas perkhemahan.Perkhemahan ini juga tidak akan berjaya sekiranya tanpa kerjasama dan pengorbanan daripada pihak pentadbir,guru-guru dan staf sekolah.
JAMUAN AIDILFITRI (8 OKTOBER 2009)
SALAM AIDILFITRI..........Bertempat di kantin Sk Telanok,pihak sekolah telah mengadakan jamuan raya bagi murid-murid dan semua penduduk kampung di Pos Telanok..Dianggarkan seramai 200 orang telah hadir bagi memeriahkan jamuan yang diadakan.Berbagai jenis juadah antaranya rendang,lemang,satay,bihun,nasi himpit dan kuih-muih dan biskut raya.Jamuan ini lebih bermakna apabila hampir kesemua juadah dibuat sendiri oleh guru-guru,staf sekolah dan penduduk kampung secara bergotong-royong.
MAJLIS BERBUKA PUASA (10 SEPTEMBER 2009)
Pada bulan Ramadan yang di berkati ini,pihak sekolah telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama guru-guru dan staf sekolah.Diadakan di Hotel Passadena Brinchang, majlis ini turut dianjurkan oleh Sk Menson.SELAMAT HARI RAYA...
1 MALAYSIA (PUTRAJAYA)
Bertempat di Putrajaya,semua sekolah pedalaman telah dijemput menghadiri 'program 1 Malaysia.Sk Telanok telah menghantar seramai 22 orang kebanyak murid Tahun 4.Berbagai aktiviti telah diatur untuk murid-murid asli bagi menyemarakkan kecintaan kepada negara di samping memupuk perkongsian bersama bangsa-bangsa lain di negara ini.Diharap program seperti ini dapat diadakan pada tahun-tahun yang akan datang bagi memupuk semangat 1Malaysia di kalangan murid-murid.
SUKAN SK TELANOK (11-12 JULAI 2009)
11 Julai 2009
Seperti kebiasaan,Sukan Tahunan Sk Telanok pada tahun ini diadakan secara besar-besaran.Bermula dengan permainan bagi orang kampung pada 6-9 Julai,sukan tahun ini diteruskan dengan sukaneka orang kampung pada 11 Julai 2009.Sambutan orang kampung untuk sukaneka amatlah menggalakkan.Diadakan sukaneka pada sebelah pagi,aktiviti diteruskan lagi pada sebelah malamnya.Bagi menghilangkan penat selepas berhempas pulas pada siang harinya di padang,pihak sekolah telah mengadakan majlis makan malam di samping menjemput kumpulan 'kugiran' dari Betau untuk menghiburkan orang kampung dan guru-guru pada sebelah malamnya.
12 Julai 2009
Kemuncak kepada Sukan Tahunan Sk Telanok 2009.Bermula pada 8 pagi,semua guru,staf sekolah dan orang kampung berkumpul sekali lagi di padang sekolah untuk menjayakan Sukan Tahunan bagi murid-murid.Sebanyak 4 buah rumah sukan mengambil bahagian dalam sukan tahun ini.Bermula dengan acara sukaneka,acara diteruskan lagi dengan acara balapan.Semua murid dikehendaki mengambil bahagian dalam acara 50m individu dan 4x50m.
Johan rumah sukan pada tahun ini ialah Rumah Hijau.Tahniah kepada peserta dan guru-guru Rumah Hijau..Di harap pada tahun-tahun yang akan datang,pihak sekolah dan PIBG Sk Telanok dapat menganjurkan acara seperti ini dengan lebih meriah lagi.Tidak lupa kepada guru-guru yang telah banyak berkorban dari segi tenaga,masa dan wang ringgit bagi menjayakan acara seperti ini.
SUKAN MUHIBBAH (6-9/07/2009)
Bermula pada 6 hingga 8 Julai Sk telanok mengadakan sukan muhibbah bagi penduduk kampung Pos Telanok.Berbagai permainan yang di sertai oleh penduduk kampung telah diadakan.Antara permainan yang diadakan seperti bola jaring,sepak takraw,bola sepak,bola tampar dan tarik tali.Sukan muhibbah ini diadakan untuk merapatkan hubungan di antara pihak sekolah dan penduduk kampung.Di samping mengambil 'mood'bagi sukan sekolah yang akan diadakan pada 11 dan 12 Julai.
PERMAINAN DAN PEMENANG
1.BOLA JARING = KG.RENGLAS
2.SEPAK TAKRAW = KG. TERAKIT
3.BOLA SEPAK = KG.RENGLAS
4.BOLA TAMPAR = KG.TEJI
5.TARIK TALI = KG. CHEROS
Secara keseluruhannya,Kg Renglas telah menjuarai Pertandingan Permainan Dan Sukaneka Pos Telanok 2009..Di harap pihak sekolah dapat menganjurkan sukan seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang.
KEM BESTARI SOLAT (18-19 JUN 2009)
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.
OBJEKTIF
a. Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk.
b. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
c. Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan
perbuatan.
d. Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.
e. Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah.
MATLAMAT
Memberi pendedahan yang jelas kepada murid mengenai kesempurnaan solat.
SASARAN
Murid Tahun 4,5 dan 6 yang beragama Islam
ANJURAN
Kem Bestari Solat ini dianjurkan oleh SK Telanok, Tanah Rata.
TEMPAT
Kem Bestari Solat ini dijalankan di SK Telanok, Tanah Rata.
TARIKH
18-19 Jun 2009
PENYERTAAN
Aktiviti ini melibatkan semua murid yang beragama Islam Tahun 4,5,6.
PENUTUP
Model Smart Solat adalah sebahagian daripada Program j-QAF yang wajib dilaksanakan. Walaupun ia satu bentuk aktiviti kokurikulum semua sekolah perlu melaksanakannya supaya ianya dapat memantapkan peribadi murid tersebut.
Diharapkan pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan asperk Fardhu Ain yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.