PKSR 2 (25/5/2009)




SAMBUTAN HARI GURU (20/5/2009)







"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" itulah slogan Hari Guru pada tahun ini.Bagi meraikan Hari Guru pada tahun ini,warga Sk Telanok tidak ketinggalan mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009.

Bertempat di kantin sekolah,aktiviti bermula dengan ucapan tuan guru besar dan gpk 1.Selepas itu persembahan murid-murid tahun 4,5 dan 6.Bagi memeriahkan majlis,guru-guru juga membuat persembahan seperti menyanyi dan menari.

Aktiviti diteruskan pada sebelah tengahari di mana aktiviti "mencari harta karun" dan ditutupi dengan permainan bola tampar.

Akhir kata,sambutan pada tahun ini memberi 1001 makna kepada guru-guru agar terus mendidik murid walau di mana mereka berada.Wassalam.

KEM MOTIVASI MURID TAHUN 6 (13-14/5/2009)






Pada 13 hingga 14 Mei pihak sekolah telah mengadakan "Kem Motivasi UPSR" untuk murid-murid tahun 6.Kem ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan meningkatkan keyakinan diri murid untuk menempuhi peperiksaan yang hampir tiba.Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti "titian kejayaan","meniti angin malam","ekspedisi burung hantu" dan lain-lain aktiviti yang memberi kesedaran diri kepada murid-murid.Secara keseluruhannya,kem ini dapat meningkatkan keyakinan diri dikalangan murid-murid.Akhir sekali syabas dan tahniah kepada guru-guru dan staf sekolah yang telah bertungkus lumus menjayakan kem yang julung-julung kalinya diadakan di sekolah ini.

MENERJAH GELOMBANG BIRU TIOMAN(7-10/5/2009)

Berkat usaha dan kecekalan hati guru-guru dan pihak sekolah,warga Sk Telanok sekali lagi berjaya mengadakan lawatan sambil belajar di Pulau Tioman.Walaupun pada mulanya untuk mengadakan lawatan tampak tipis disebabkan oleh beberapa faktor luaran.Pihak sekolah,terutamanya guru besar telah berjumpa beberapa orang JPN bagi meyakinkan mereka bahawa meluluskan lawatan ini.Alhamdullillah,hajat serta hasrat warga Telanok untuk memijakkan kaki di Tioman akhirnya tertunai juga apabila pihak JPN meluluskan lawatan ini.Banyak lagi dugaan dan cubaan ditempuhi oleh kami semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman tapi semua itu kami menganggapnya sebagai satu cabaran.

Lawatan ini di sertai oleh 40 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 5 dan 6.Kami telah menetap di Asrama Sk Tekek.Ianya bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya menjaga khazanah laut disamping membuka kotak minda murid-murid tentang luas dan keindahan alam marin serta memberi pengalaman baru dalam diri murid-murid untuk dikongsi dengan keluarga dan rakan-rakan.Di sana juga kami sempat mengadakan aktiviti-aktiviti snorkelling,berbasikal mengelilingi pulau dan yang paling istimewa semasa ke Pusat Penetasan Penyu,kami sempat beramah mesra bersama YAM Sultan Pahang yang berada di situ merasmikan T.AT.

Akhir sekali,"di mana ada kemahuan di situ ada jalan".Walaupun banyak cabaran dan dugaan,kami selamat sampai di Sk Telanok pada hari Ahad pukul 8 pagi setelah satu malam bermalam di dalam bas.Wassalam..










MESYUARAT PIBG (6/2/2009)





HATI WAJA (PERJALANAN KE SEKOLAH 3 JANUARI 2009)





Sesetengah perkara sukar untuk digambarkan dengan kata-kata..

LAWATAN KE KUALA LUMPUR





Pihak sekolah telah mengadakan 'Lawatan Sambil Belajar' ke Kuala Lumpur pada 8 November 2008.Seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada murid-murid tahun 5 dan 6 telah mengikuti lawatan.Penglibatan ibu bapa dan orang kampung telah banyak menyumbang kerana terpaksa menghantar anak-anak mereka ke jalan utama.Tidak lupa juga pada pihak JHEOA kerana menyediakan penginapan di Gombak.

Pelajar-pelajar bergambar di depan pintu masuk Zoo Negara.

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN


Pada 28 September 2007,pihak sekolah telah mengadakan solat hajat dan bacaan yasin bagi mengiringi perjuangan murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

HARI INI

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERINGKAT DEARAH PADANG MAJLIS DEARAH CAMERON HIGHLANDS 25-26 MAC 2015

DEMI MASA

RENUNG-RENUNGKANLAH

HALWA TELINGA

RUANG SEMBANG






MASTER 2009